06 Mac 2012

INDUKSI PENSYARAH BAHARU IPG

Datuk Dr. Haili bin Dolhan (Rektor IPG KPM) - "Bumi ini dipinjam dari anak-anak kita, maka ia perlu diuruskan dengan sebaiknya". Pembangunan Modal Insan adalah sangat penting dalam menjayakan Wawasan 2020. Menteri Pelajaran meminta bukti empirikal bagi menunjukkan kejayaan dalam pendidikan dan relevan atau tidak dengan keperluan semasa dan masa hadapan. Laporan berkaitan dengan pendidikan sedang dijalankan dengan kerjasama dengan agensi-agensi luar termasuk UNESCO dan juru perunding pendidikan supaya dapat diterbitkan pada 31 Ogos 2012.

Malaysia terlibat dalam kajian terhadap pelajar berumur 14-15 tahun oleh PISA (Programme for International Student Assessment) untuk penanda aras bagi 74 negara dalam 3 bidang iaitu bacaan (55/74), matematik (57/74) dan sains (52/74) dan secara purata di tahap 'fair' iaitu di bawah aras antarabangsa. Ini menggambarkan tahap kefahaman murid sekolah (application of knowledge) masih lagi rendah. Dari segi kerelevanan ilmu, Malaysia masih perlu dipertingkatkan.

Implikasi dalam Latihan Perguruan di Malaysia adalah pensyarah IPG perlu banyak membaca, membuat kajian dan berusaha untuk memberikan pendidikan supaya mencapai matlamat 'accessibiliy, quality dan equality'. Pensyarah IPG perlu berkualiti supaya boleh menghasilkan pelajar yang berkualiti. Perancangan di IPG perlu diteliti dan menjelaskan kepada pensyarah tentang peranan mereka untuk melahirkan guru berijazah yang berkualiti. Pensyarah perlu menambah ilmu dengan melanjutkan pelajaran dan menghadiri kursus peningkatan profesionalisme dalam bidang akademik sehingga diiktiraf sebagai pakar dalam bidang perguruan. Sepatutnya bila telah berada di IPG perlu tahu peranan yang berbeza dengan di sekolah. Pastikan calon pensyarah adalah berminat untuk menjadi 'Mahaguru' dan ilmu mesti berkongsi. Oleh itu pensyarah perlu seorang yang inovatif dan kreatif yang dapat melonjakkan pendidikan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan