11 Ogos 2015

KURSUS PENGURUSAN RISIKO DALAM ORGANISASI


Key Point
1. Carta Ishikawa untuk Pengurusan Program Jabatan/ Unit
2. Mengkaji semula risiko
3. Faedah-faedah organisasi yang mencapai kematangan risiko
4. Pengurusan risiko dan nasihat dalaman
5. Peranan khidmat nasihat dalaman
6. Sumbangan khidmat nasihat nasihat dalaman pengurusan risiko

Apakah Pengurusan Risiko?
  • Kemungkinan kerugian, kemalangan, kelemahan, keruntuhan
  • Pengurusan yang menyeluruh yang proaktif dalam aktiviti bagi sesuatu program dan kemungkinan menerima kegagalan dalam program berkenaan (Simmons, 1998) 
  • Proses pengurusan yang menggunakan analisis risiko untuk membuat keputusan bagi mencapai objektif dan menerima sebahagian daripada risiko itu.

Keperluan program/ aktiviti  adalah merujuk kepada 4M 1E



(i)   Machine

(ii)  Manpower
(iii) Method
(iv) Material
(v)  Environment
 
Risiko dalam Pendidikan
  • Risiko tertinggi : Perubahan undang-undang/ perundangan
  • Risiko ke2 : Jenama dan imej
  • Risiko ke 3 : Sumber manusia
Sifat Risiko
  • Risiko Tulen : sesuatu yang di luar kawalan, tiada pilihan terpaksa hadapi.
  • Risiko Spekulatif : Ada pilihan atau mengelak
SESI BENGKEL
















Pengurusan akan melaksanakan 4 peringkat iaitu PLAN, DO, CHECK, ACT (PDCA) iaitu :


Dalam Perancangan Tahunan perlu menggunakan Kitaran Demming sebagai panduan. Perkara asas adalah menetapkan objektif bagi program/ aktiviti yang jelas. Objektif perlu boleh diukur danbersesuaian dengan tempoh masa yang ditetapkan. 

KEMAHIRAN MENGURUS RISIKO
(i)   Pelan Kontigensi
(ii)  Pelan Kecemasan
(iii) Pelan Alternatif

ALAT-ALAT PENILAIAN RISIKO

1. SMART Objectives
2. Key Performance Indicator (KPI)
3. Gant Chart
4. Matrix
5. Work Break Down Structure (WBS)
6. Communication


10 Ogos 2015

KURSUS PENGURUSAN STRES DAN KEPIMPINAN

Tarikh : 6 Ogos 2015 (Khamis)
Tempat : EDC-UUM

Talking Point
  1. Tripod Masa
    • Masa lampau - menjadi sejarah
    • Masa kini - perlu diisi dengan
    • Masa akan datang - menjadi misteri
  2. Bimbang dan mengharap akan menjadikan stress meningkat
    • Bimbang sesuatu yang belum pasti
    • Mengharap sesuatu yang belum ditakdirkan
  3. Bagaimana mengurus stress
    • Takdir telah ditetapkan oleh Allah - ketetapan yang terbaik untuk kita
    • Berzikir dan muhasabah diri
    • kurang bersendiri lebihkan beraktiviti dan berkomuniti
    • Sabar dalam menghadapi dugaan, cabaran dan stress
  4. Kepimpinan
    • Semua kita adalah pemimpin - setiap pemimpin akan diminta pertanggungjawaban
    • Pemimpin kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat
    • Jangan menjadi pemimpin yang zalim pada diri, keluarga dan amanah dan tanggung jawab
  5. Kesimpulana
    • Jihad yang lebih besar dari berperang adalah jihad melawan nafsu diri sendiri
    • Pemimpin yang baik boleh memimpin diri dalam menghadapi stress dan memimpin orang lain untuk menunjuk kepada jalan kebenaran.
 MAJLIS PENUTUPAN
 

26 Julai 2015

AKTA 550 (Sehingga Januari 2012)

Akta 550
AKTA PENDIDIKAN 1996
Sebagaimana pada 1 Januari 2012
Bab 9 - Pendidikan Guru fokus terhadap IPG 

16 Julai 2015

 KONVOKESYEN PISMP KALI KE-5 TAHUN 2015

IPG telah berjaya melahirkan 5 kohort graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (BoT) dalam pelbagai pengkhususan untuk mengajar di sekolah rendah.
Warga pendidikan mengharapkan guru keluaran IPG adalah berkualiti, kreatif dan inovatif dalam mendokong dan menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Selamat Bertugas anak didik IPG dari kami pendidik guru di IPGK.

24 Oktober 2013

KREAKTOR KETUA JABATAN IPG


Pengerusi Mesyuarat (21-23 Oktober 2013)

Kursus Pembangunan Profesionalisme Kepimpinan dan Pengurusan IPG telah masuk tahun ke-4. Pada tahun ini (2013), fokus kursus adalah untuk Memantapkan Kreaktor Ketua Jabatan di IPGK dengan penekanan kepada aspek KUALITI PERIBADI KOTAK KOMPETENSI IPG dan KOMPETENSI PENGURUSAN MINTZBERG. Adalah diharapkan kursus ini akan dapat melahirkan Pemimpin Akademik yang dinamik, kreatif dan responsive di IPGK.

17 Jun 2013

EDUCATION FOR ALL (2013)

EDUCATION  FOR ALL (EFA)
Tema: Every Child Needs a Teacher


Ditubuhkan pada tahun 1990 untuk memberikan pendidikan kepada semua dengan 6 matlamat menjelang tahun 2015.        
1.     Memperluas pendidikan awal
2.     Pendidikan percuma
3.     Kemahiran
4.     Celik huruf
5.     Kesamarataan gender
6.     Kualiti pendidikan                

EFA indikator
·         Kadar bersih enrolmen
·         kadar
·         kesamarataan gendar
·         tamat 5 tahun persekolahan


EDI Malaysia sederhana.Skor perlu melebihi 95%. Telah dicapai oleh jepun, korea dan brunai.          
Peranan guru sangat penting. Without teacher school is a building.
IPGK Darulaman diberi penghormatan kerana di sinilah dilahirkan guru untuk sekokah.
Program termasuklah PdP, seminar, bengkel dan pameran.
Latihan perguruan yang mantap dsn kualiti. Kajian menunjukkan secara umum 60% kurang berkualiti.      
 

Kepentingan guru untuk diberikan Profesional development, capacity building dan pembelajaran sepanjang hayat. Memenuhi pppm iaitu memartabatkan profesion perguruan.
Guru berpengalaman dan berkemahiran serta berkualiti dan kreatif.

16 April 2013

SEKRETARIET PENCEGAHAN RASUAH (SPR) IPGK DARULAMAN

Penububuhan sekretariat pencegahan rasuah IPGK Darulaman adalah program bersama IPGM dengan SPRM. Matlamat penubuhan SPR adalah sebagai wadah untuk memberikan pendidikan pencegahan rasuah dikalangan bakal guru di IPG.
Majlis pelancaran SPR-IPGKDA disempurnakan oleh Pengarah SPRM Kedah di Dewan Besar.

Dalam ucapan beliau menegaskan betapa seiousnya usaha kerana untuk menangani isu rasuah dan peranan komuniti pendidikan diharapkan dapat membantu SPRM menyedarkan masyarakat tentang bahayanya rasuah kepada negara.



Dalam majlis tersebut pihak SPRM menyumbang cek untuk pihak IPGKDA menyusun program pendidikan pencegahan rasuah dikalangan guru pelatih.




15 April 2013

TEATER IPGK DARULAMAN

Jabatan Pengajian Melayu telah melaksanakan Teater bersama Jabatan Kebudayaan Kedah untuk dipertandingkan di peringkat negeri Kedah pada 13 April 2013 di Kompleks Budaya, Alor Setar Kedah.













10 April 2013

PROGRAM KREATIVITI JABATAN SAINS IPGKDA

Jabatan Sains menganjurkan Program Kreativiti dalam Sains untuk Kelab Sains SMK Pendang, Kedah pada 10 April 2013 di Pusat Sumber IPGK Darulaman.
Pelajar mencuba projek kreativiti

 

03 April 2013

PRAKTIKUM FASA 3 PISMP

Pemantauan Pengurusan dan Pelaksanaan Praktikum 3 bagi siswa-i  guru IPGK Darulaman dilaksanakan di dua buah sekolah di sekitar Kubang Pasu.

Timbalan Pengarah, KU Praktikum dan Pegawai Pengurusan hadir dalam sesi dialog bersama siswa-i yang menjalani Praktikum 3
Timbalan Pengarah berdialog dengan siswa-i guru yang sedang menjalani Praktikum 3 di SK Padang Pekan, Jitra

Siswa-i guru yang hadir mendengar taklimat dan sesi dialog bersama Timbalan Pengarah
 

27 Mac 2013

PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG FASA 1 TAHUN 2013




Latar belakang PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2013
1. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6/2005 berkaitan dengan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam menekankan kepada:
(i) Penyediaan sumber manusia yang berkelayakan, berkebolehan dan berkompetensi
(ii) Membentuk nilai-nilai murni
(iii) Bersikap positif
2. Makmal NKRA mengenai Kualiti Guru pada 8 Mac 2010 memutuskan keperluan kepada :
(i) Pembangunan laluan kerjaya
(ii) Pengurusan prestasi penyarah IPG
(iii) Pembangunan profesionalisme berterusan (CPD) yang sesuai dan setara dengan IPTA
3. Laporan Penilaian Perakuan Akreditasi PISMP oleh MQA pada 24 Disember 2010 menegaskan kepada keperluan pensyarah IPG menghadiri seminar, persidangan di dalam dan luar Negara secara berterusan dalam usaha untuk meningkatkan kompetensi pensyarah IPG selaras dengan peranannya sebagai institusi pemberi pendidikan tinggi (Higher Education Provider – HEP)

MODEL KONSEPTUAL PROGRAM INDUKSI PENYARAH IPG

Program Induksi Pensyarah IPG dilaksanakan berasaskan kepada Kerangka Kometensi IPG yang mengandungi 5 dimensi:

a. Pengajaran dan Pembelajaran
b. Penyelidikan dan Pembangunan
c. Perkhidmatan dan Penglibatan
d. TMK
e. Kualiti Diri

Matlamatnya adalah untuk pembentukan peribadi pensyarah yang cemerlang yang seterusnya mampu mendidik dan melahirkan bakal guru yang kompeten dan berjiwa pendidik untuk mencapai visi IPG sebagai Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru.

PELAKSANAAN PROGRAM INDUKSI PENSYARAH

1. Objektif program adalah seperti berikut:

a. Memastikan pencapaian dan kesinambungan visi, misi dan hala tuju IPG

b. Persediaan kepada cabaran dari segi perubahan minda dan fizikal

c. Persediaan kepada perubahan Budaya kerja, persekitaran penyampaian p-p, kemahiran, sikap dan tingkah laku daripada guru kepada pensyarah IPG

d. pendedahan kepada bidang tugas pensyarah

e. pendedahan kepada komponen penting dalam kurikulum perguruan di IPG


2. Strategi Pelaksanaan

a. Fasa 1 : Kursus selama seminggu (5 hari) pada 24-28 Mac 2013 dengan pengisian yang sama diseluruh negara mengikut 6 zon yang melibatkan 8 tajuk dibimbing oleh fasilitator dalam bentuk ceramah, perbincangan dan aktiviti. Setiap sesi akan dilaksanakan penilaian dan refleksi

b. Fasa 2 : Kursus dilaksanakan secara berterusan selama 5 bulan bermula 1 April hingga 31 Ogos 2013 di IPGK masing-masing yang melibatkan 9 tajuk dibimbing oleh fasilitator dalam bentuk ceramah, perbincangan dan aktiviti. Setiap peserta perlu menyediakan folio bagi 9 tajuk dan melengkapkan borang soal selidik dan boring refleksi selepas setiap tajuk.
Perantisan : Program bimbingan dan mentoring oleh mentor yang dilantik oleh IPGK untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh fasilitator dan dilaksanakan secara berterusan selama 6 bulan bermula 1 April hingga 30 September 2013.

19 September 2012

INOVASI DAN KREATIVITI IPG

Bersam dengan Team Inovasi IPG KDA 2012
 Bagaimana utk perkembangkan inovasi dan kreativiti di IPG KDA? Minggu inovasi dan pertandingan inovasi? Akan dicadangkan pensyarah membuat refleksi dari bimbingan dan penilaian praktikum. 

Petikan dari brosur IPGK Darulaman :
"... sudah sampai masanya sistem pendidikan negara perlu dirombak memandangkan Malaysia memerlukan perubahan terutama dalam aspek mengajar dan cara belajar." (DS Najib Razak, PM Malaysia, Bharian, 14 Mac 2012)

Petikan dari brosur IPGK Perlis :
 Pendidikan adalah soal kecintaan, kesabaran dan kebijaksanaan. Kebijaksanaan dan kesabaran berkembang apabila didukung oleh kecintaan (Jean Lightheart)

CEPAT - TEPAT - TERKINI

Jusni Nasirun, KJ TMK
Foozi Saad, KJ Bahasa
CLOUD COMPUTING
Dalam Ucapan di Bengkel Peningkatan Profesionalisme untuk ahli Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran (M3P) : Cloud Computing saya mengariskan empat cabaran Pengurus IPGK iaitu :
  • Melaksanakan Visi, Misi dan Hala tuju IPG; 
  • 11 Anjakan dalam PPPM 2013-2025;
  • Spesifikasi Tugas IPG;
  • Kreativiti dan Inovasi dalam P-P.
 

16 April 2012

MESYUARAT BLUEPRINT PEMBANGUNAN PROFESIONALISME IPG KPM

Mesyuarat Blueprint Pembangunan Profesionalisme IPG KPM diadakan di IPG Kampus Pulau Pinang pada 16-17 April 2012.

10 April 2012

PENYELIDIKAN DAN INOVASI














Tahniah!.
Bengkel Pembentangan Proposal Penyelidikan dan InovasiPeringkat IPGKDA di adakan pada 8-10 April 2012 di PLGDP Sungai Karangan.
Sebanyak 29 kajian dan inovasi telah dikenalpasti untuk 14 jabatan dan 7 unit di IPGKDA.
Adalah diharapkan kajian dan inovasi ini dapat dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan IPGKDA pada bulan Oktober 2012.

09 April 2012

BINA INSAN GURU PISMP





BIG adalah kursus wajib bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG KPM. BIG Semester 1 melibatkan aktiviti perkhemahan, aktiviti darat (jungle tracking) dan aktiviti air.
Lokasi BIG adalah di Dewan Seri Banai, IPG KDA dan di Telok Nipah, Pantai Merdeka. Aktiviti membina rakit adalah antara yang mencabar minda, kreativiti dan kerja berpasukan pelajar-pelajar.




07 April 2012

IPG LESTARI - ECO INSTITUTES (Vol. 2)

Dalam usaha untuk melaksanakan IPG Lestari bagi tema Tenaga, IPG Kampus Darulaman dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia telah melaksanakan Minggu Kecekapan Tenaga sebagai salah satu aktiviti Program Kecekapan Tenaga (PROKETA) yang telah dilancarkan pada 12 Ogos 2011 oleh YBhg. En. Abdul Rahim, KPP Kualiti IPGM.
Salah satu aktiviti dalam Minggu Kecekapan Tenaga yang berakhir pada 9 April 2012 tersebut adalah Explorace Kecekapan Tenaga.
















28 Mac 2012

KURSUS PENULISAN

Penceramah : A'watif bt Ahmad (Penerbit USM)

Penulisan ilmiah ada dua kategori iaitu penulisan untuk tujuan dibaca oleh academic audience atau untuk popular audience (penulisan ilmiah popular). Contoh bahan ilmiah untuk academic audience ialah Jurnal, Laporan Penyelidikan, Monograf Kajian, Tesis.Format yang digunakan ialah berstruktur secara IMRD- Introduction, Materials/ Method, Results, Discussion/ Conclusion. Sementara untuk Popular Audience Masih juga berdasarkan kajian untuk dibaca oleh orang kebanyakan. Penulisan ini mudah difahami.

PENERBITAN

Bahan penulisan yang dicetak dengan mendapat ISBN akan dipanggil bahan penerbitan. Bagi penulisan yang melebihi seorang penulis (edited volume), perlu dilantik seorang editor yang senior untuk menulis pengenalan dan penutup. Tajuk perlu dibengkelkan bersama dan dibentangkan serta dibuat penilaian. Terdapat dua penilai iaitu penilai akademik dalaman/ penilai dari luar dan seorang lagi penilai teknikal bagi menilai bahasa, plagiat, rujukan dan susun atur.

BUKU

Mestilah mencapai sekurang-kurangnya 49 halaman. Semua buku akademik perlu ada indeks.

Persoalannya kepada penulis buku.

(i) kenapa menulis?

(ii) Tujuan menulis?

(iii) Kepada siapa?

(iv) Kenapa buku ini perlu dibaca

(v) Bahan yang sama telah diutarakan perlu diubahsuai supaya tidak menjadi sama seperti buku terdahulu

(vi) Apa kelebihan buku kita

(vii) Masa untuk menulis perlu diberikan disamping tugas rutin.