24 Oktober 2013

KREAKTOR KETUA JABATAN IPG


Pengerusi Mesyuarat (21-23 Oktober 2013)

Kursus Pembangunan Profesionalisme Kepimpinan dan Pengurusan IPG telah masuk tahun ke-4. Pada tahun ini (2013), fokus kursus adalah untuk Memantapkan Kreaktor Ketua Jabatan di IPGK dengan penekanan kepada aspek KUALITI PERIBADI KOTAK KOMPETENSI IPG dan KOMPETENSI PENGURUSAN MINTZBERG. Adalah diharapkan kursus ini akan dapat melahirkan Pemimpin Akademik yang dinamik, kreatif dan responsive di IPGK.

17 Jun 2013

EDUCATION FOR ALL (2013)

EDUCATION  FOR ALL (EFA)
Tema: Every Child Needs a Teacher


Ditubuhkan pada tahun 1990 untuk memberikan pendidikan kepada semua dengan 6 matlamat menjelang tahun 2015.        
1.     Memperluas pendidikan awal
2.     Pendidikan percuma
3.     Kemahiran
4.     Celik huruf
5.     Kesamarataan gender
6.     Kualiti pendidikan                

EFA indikator
·         Kadar bersih enrolmen
·         kadar
·         kesamarataan gendar
·         tamat 5 tahun persekolahan


EDI Malaysia sederhana.Skor perlu melebihi 95%. Telah dicapai oleh jepun, korea dan brunai.          
Peranan guru sangat penting. Without teacher school is a building.
IPGK Darulaman diberi penghormatan kerana di sinilah dilahirkan guru untuk sekokah.
Program termasuklah PdP, seminar, bengkel dan pameran.
Latihan perguruan yang mantap dsn kualiti. Kajian menunjukkan secara umum 60% kurang berkualiti.      
 

Kepentingan guru untuk diberikan Profesional development, capacity building dan pembelajaran sepanjang hayat. Memenuhi pppm iaitu memartabatkan profesion perguruan.
Guru berpengalaman dan berkemahiran serta berkualiti dan kreatif.

16 April 2013

SEKRETARIET PENCEGAHAN RASUAH (SPR) IPGK DARULAMAN

Penububuhan sekretariat pencegahan rasuah IPGK Darulaman adalah program bersama IPGM dengan SPRM. Matlamat penubuhan SPR adalah sebagai wadah untuk memberikan pendidikan pencegahan rasuah dikalangan bakal guru di IPG.
Majlis pelancaran SPR-IPGKDA disempurnakan oleh Pengarah SPRM Kedah di Dewan Besar.

Dalam ucapan beliau menegaskan betapa seiousnya usaha kerana untuk menangani isu rasuah dan peranan komuniti pendidikan diharapkan dapat membantu SPRM menyedarkan masyarakat tentang bahayanya rasuah kepada negara.



Dalam majlis tersebut pihak SPRM menyumbang cek untuk pihak IPGKDA menyusun program pendidikan pencegahan rasuah dikalangan guru pelatih.




15 April 2013

TEATER IPGK DARULAMAN

Jabatan Pengajian Melayu telah melaksanakan Teater bersama Jabatan Kebudayaan Kedah untuk dipertandingkan di peringkat negeri Kedah pada 13 April 2013 di Kompleks Budaya, Alor Setar Kedah.













10 April 2013

PROGRAM KREATIVITI JABATAN SAINS IPGKDA

Jabatan Sains menganjurkan Program Kreativiti dalam Sains untuk Kelab Sains SMK Pendang, Kedah pada 10 April 2013 di Pusat Sumber IPGK Darulaman.
Pelajar mencuba projek kreativiti

 

03 April 2013

PRAKTIKUM FASA 3 PISMP

Pemantauan Pengurusan dan Pelaksanaan Praktikum 3 bagi siswa-i  guru IPGK Darulaman dilaksanakan di dua buah sekolah di sekitar Kubang Pasu.

Timbalan Pengarah, KU Praktikum dan Pegawai Pengurusan hadir dalam sesi dialog bersama siswa-i yang menjalani Praktikum 3
Timbalan Pengarah berdialog dengan siswa-i guru yang sedang menjalani Praktikum 3 di SK Padang Pekan, Jitra

Siswa-i guru yang hadir mendengar taklimat dan sesi dialog bersama Timbalan Pengarah
 

27 Mac 2013

PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG FASA 1 TAHUN 2013




Latar belakang PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2013
1. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6/2005 berkaitan dengan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam menekankan kepada:
(i) Penyediaan sumber manusia yang berkelayakan, berkebolehan dan berkompetensi
(ii) Membentuk nilai-nilai murni
(iii) Bersikap positif
2. Makmal NKRA mengenai Kualiti Guru pada 8 Mac 2010 memutuskan keperluan kepada :
(i) Pembangunan laluan kerjaya
(ii) Pengurusan prestasi penyarah IPG
(iii) Pembangunan profesionalisme berterusan (CPD) yang sesuai dan setara dengan IPTA
3. Laporan Penilaian Perakuan Akreditasi PISMP oleh MQA pada 24 Disember 2010 menegaskan kepada keperluan pensyarah IPG menghadiri seminar, persidangan di dalam dan luar Negara secara berterusan dalam usaha untuk meningkatkan kompetensi pensyarah IPG selaras dengan peranannya sebagai institusi pemberi pendidikan tinggi (Higher Education Provider – HEP)

MODEL KONSEPTUAL PROGRAM INDUKSI PENYARAH IPG

Program Induksi Pensyarah IPG dilaksanakan berasaskan kepada Kerangka Kometensi IPG yang mengandungi 5 dimensi:

a. Pengajaran dan Pembelajaran
b. Penyelidikan dan Pembangunan
c. Perkhidmatan dan Penglibatan
d. TMK
e. Kualiti Diri

Matlamatnya adalah untuk pembentukan peribadi pensyarah yang cemerlang yang seterusnya mampu mendidik dan melahirkan bakal guru yang kompeten dan berjiwa pendidik untuk mencapai visi IPG sebagai Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru.

PELAKSANAAN PROGRAM INDUKSI PENSYARAH

1. Objektif program adalah seperti berikut:

a. Memastikan pencapaian dan kesinambungan visi, misi dan hala tuju IPG

b. Persediaan kepada cabaran dari segi perubahan minda dan fizikal

c. Persediaan kepada perubahan Budaya kerja, persekitaran penyampaian p-p, kemahiran, sikap dan tingkah laku daripada guru kepada pensyarah IPG

d. pendedahan kepada bidang tugas pensyarah

e. pendedahan kepada komponen penting dalam kurikulum perguruan di IPG


2. Strategi Pelaksanaan

a. Fasa 1 : Kursus selama seminggu (5 hari) pada 24-28 Mac 2013 dengan pengisian yang sama diseluruh negara mengikut 6 zon yang melibatkan 8 tajuk dibimbing oleh fasilitator dalam bentuk ceramah, perbincangan dan aktiviti. Setiap sesi akan dilaksanakan penilaian dan refleksi

b. Fasa 2 : Kursus dilaksanakan secara berterusan selama 5 bulan bermula 1 April hingga 31 Ogos 2013 di IPGK masing-masing yang melibatkan 9 tajuk dibimbing oleh fasilitator dalam bentuk ceramah, perbincangan dan aktiviti. Setiap peserta perlu menyediakan folio bagi 9 tajuk dan melengkapkan borang soal selidik dan boring refleksi selepas setiap tajuk.
Perantisan : Program bimbingan dan mentoring oleh mentor yang dilantik oleh IPGK untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh fasilitator dan dilaksanakan secara berterusan selama 6 bulan bermula 1 April hingga 30 September 2013.