28 Mac 2012

KURSUS PENULISAN

Penceramah : A'watif bt Ahmad (Penerbit USM)

Penulisan ilmiah ada dua kategori iaitu penulisan untuk tujuan dibaca oleh academic audience atau untuk popular audience (penulisan ilmiah popular). Contoh bahan ilmiah untuk academic audience ialah Jurnal, Laporan Penyelidikan, Monograf Kajian, Tesis.Format yang digunakan ialah berstruktur secara IMRD- Introduction, Materials/ Method, Results, Discussion/ Conclusion. Sementara untuk Popular Audience Masih juga berdasarkan kajian untuk dibaca oleh orang kebanyakan. Penulisan ini mudah difahami.

PENERBITAN

Bahan penulisan yang dicetak dengan mendapat ISBN akan dipanggil bahan penerbitan. Bagi penulisan yang melebihi seorang penulis (edited volume), perlu dilantik seorang editor yang senior untuk menulis pengenalan dan penutup. Tajuk perlu dibengkelkan bersama dan dibentangkan serta dibuat penilaian. Terdapat dua penilai iaitu penilai akademik dalaman/ penilai dari luar dan seorang lagi penilai teknikal bagi menilai bahasa, plagiat, rujukan dan susun atur.

BUKU

Mestilah mencapai sekurang-kurangnya 49 halaman. Semua buku akademik perlu ada indeks.

Persoalannya kepada penulis buku.

(i) kenapa menulis?

(ii) Tujuan menulis?

(iii) Kepada siapa?

(iv) Kenapa buku ini perlu dibaca

(v) Bahan yang sama telah diutarakan perlu diubahsuai supaya tidak menjadi sama seperti buku terdahulu

(vi) Apa kelebihan buku kita

(vii) Masa untuk menulis perlu diberikan disamping tugas rutin.

06 Mac 2012

INDUKSI PENSYARAH BAHARU IPG

Datuk Dr. Haili bin Dolhan (Rektor IPG KPM) - "Bumi ini dipinjam dari anak-anak kita, maka ia perlu diuruskan dengan sebaiknya". Pembangunan Modal Insan adalah sangat penting dalam menjayakan Wawasan 2020. Menteri Pelajaran meminta bukti empirikal bagi menunjukkan kejayaan dalam pendidikan dan relevan atau tidak dengan keperluan semasa dan masa hadapan. Laporan berkaitan dengan pendidikan sedang dijalankan dengan kerjasama dengan agensi-agensi luar termasuk UNESCO dan juru perunding pendidikan supaya dapat diterbitkan pada 31 Ogos 2012.

Malaysia terlibat dalam kajian terhadap pelajar berumur 14-15 tahun oleh PISA (Programme for International Student Assessment) untuk penanda aras bagi 74 negara dalam 3 bidang iaitu bacaan (55/74), matematik (57/74) dan sains (52/74) dan secara purata di tahap 'fair' iaitu di bawah aras antarabangsa. Ini menggambarkan tahap kefahaman murid sekolah (application of knowledge) masih lagi rendah. Dari segi kerelevanan ilmu, Malaysia masih perlu dipertingkatkan.

Implikasi dalam Latihan Perguruan di Malaysia adalah pensyarah IPG perlu banyak membaca, membuat kajian dan berusaha untuk memberikan pendidikan supaya mencapai matlamat 'accessibiliy, quality dan equality'. Pensyarah IPG perlu berkualiti supaya boleh menghasilkan pelajar yang berkualiti. Perancangan di IPG perlu diteliti dan menjelaskan kepada pensyarah tentang peranan mereka untuk melahirkan guru berijazah yang berkualiti. Pensyarah perlu menambah ilmu dengan melanjutkan pelajaran dan menghadiri kursus peningkatan profesionalisme dalam bidang akademik sehingga diiktiraf sebagai pakar dalam bidang perguruan. Sepatutnya bila telah berada di IPG perlu tahu peranan yang berbeza dengan di sekolah. Pastikan calon pensyarah adalah berminat untuk menjadi 'Mahaguru' dan ilmu mesti berkongsi. Oleh itu pensyarah perlu seorang yang inovatif dan kreatif yang dapat melonjakkan pendidikan negara.