Penulis suka mendalami sesuatu yang difikirkan akan menjana minda yang positif. Data dan fakta adalah rujukan utama dalam membuat keputusan. Moto pengurusan ialah CEPAT, TEPAT, TERKINI. Misi pengurusan adalah MELESTARIKAN KECEMERLANGAN.
26 Julai 2015
AKTA 550 (Sehingga Januari 2012)
16 Julai 2015
IPG telah berjaya melahirkan 5 kohort graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (BoT) dalam pelbagai pengkhususan untuk mengajar di sekolah rendah.
Warga pendidikan mengharapkan guru keluaran IPG adalah berkualiti, kreatif dan inovatif dalam mendokong dan menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Selamat Bertugas anak didik IPG dari kami pendidik guru di IPGK.
24 Oktober 2013
KREAKTOR KETUA JABATAN IPG
![]() |
| Pengerusi Mesyuarat (21-23 Oktober 2013) |
Kursus Pembangunan Profesionalisme Kepimpinan dan Pengurusan IPG telah masuk tahun ke-4. Pada tahun ini (2013), fokus kursus adalah untuk Memantapkan Kreaktor Ketua Jabatan di IPGK dengan penekanan kepada aspek KUALITI PERIBADI KOTAK KOMPETENSI IPG dan KOMPETENSI PENGURUSAN MINTZBERG. Adalah diharapkan kursus ini akan dapat melahirkan Pemimpin Akademik yang dinamik, kreatif dan responsive di IPGK.
17 Jun 2013
EDUCATION FOR ALL (2013)

16 April 2013
SEKRETARIET PENCEGAHAN RASUAH (SPR) IPGK DARULAMAN
Majlis pelancaran SPR-IPGKDA disempurnakan oleh Pengarah SPRM Kedah di Dewan Besar.
Dalam ucapan beliau menegaskan betapa seiousnya usaha kerana untuk menangani isu rasuah dan peranan komuniti pendidikan diharapkan dapat membantu SPRM menyedarkan masyarakat tentang bahayanya rasuah kepada negara.
Dalam majlis tersebut pihak SPRM menyumbang cek untuk pihak IPGKDA menyusun program pendidikan pencegahan rasuah dikalangan guru pelatih.
15 April 2013
TEATER IPGK DARULAMAN
10 April 2013
PROGRAM KREATIVITI JABATAN SAINS IPGKDA
03 April 2013
PRAKTIKUM FASA 3 PISMP
![]() |
| Siswa-i guru yang hadir mendengar taklimat dan sesi dialog bersama Timbalan Pengarah |
27 Mac 2013
PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG FASA 1 TAHUN 2013
(i) Penyediaan sumber manusia yang berkelayakan, berkebolehan dan berkompetensi
(ii) Membentuk nilai-nilai murni
Program Induksi Pensyarah IPG dilaksanakan berasaskan kepada Kerangka Kometensi IPG yang mengandungi 5 dimensi:
1. Objektif program adalah seperti berikut:
2. Strategi Pelaksanaan
19 September 2012
INOVASI DAN KREATIVITI IPG
![]() |
| Bersam dengan Team Inovasi IPG KDA 2012 |
Petikan dari brosur IPGK Darulaman :
"... sudah sampai masanya sistem pendidikan negara perlu dirombak memandangkan Malaysia memerlukan perubahan terutama dalam aspek mengajar dan cara belajar." (DS Najib Razak, PM Malaysia, Bharian, 14 Mac 2012)
Petikan dari brosur IPGK Perlis :
Pendidikan adalah soal kecintaan, kesabaran dan kebijaksanaan. Kebijaksanaan dan kesabaran berkembang apabila didukung oleh kecintaan (Jean Lightheart)
CEPAT - TEPAT - TERKINI
![]() |
| Jusni Nasirun, KJ TMK |
![]() | |
| Foozi Saad, KJ Bahasa |
Dalam Ucapan di Bengkel Peningkatan Profesionalisme untuk ahli Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran (M3P) : Cloud Computing saya mengariskan empat cabaran Pengurus IPGK iaitu :
- Melaksanakan Visi, Misi dan Hala tuju IPG;
- 11 Anjakan dalam PPPM 2013-2025;
- Spesifikasi Tugas IPG;
- Kreativiti dan Inovasi dalam P-P.
16 April 2012
MESYUARAT BLUEPRINT PEMBANGUNAN PROFESIONALISME IPG KPM
10 April 2012
PENYELIDIKAN DAN INOVASI



Tahniah!.
Bengkel Pembentangan Proposal Penyelidikan dan InovasiPeringkat IPGKDA di adakan pada 8-10 April 2012 di PLGDP Sungai Karangan.
Sebanyak 29 kajian dan inovasi telah dikenalpasti untuk 14 jabatan dan 7 unit di IPGKDA.
Adalah diharapkan kajian dan inovasi ini dapat dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan IPGKDA pada bulan Oktober 2012.
09 April 2012
BINA INSAN GURU PISMP



BIG adalah kursus wajib bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG KPM. BIG Semester 1 melibatkan aktiviti perkhemahan, aktiviti darat (jungle tracking) dan aktiviti air.Lokasi BIG adalah di Dewan Seri Banai, IPG KDA dan di Telok Nipah, Pantai Merdeka. Aktiviti membina rakit adalah antara yang mencabar minda, kreativiti dan kerja berpasukan pelajar-pelajar.
07 April 2012
IPG LESTARI - ECO INSTITUTES (Vol. 2)
Dalam usaha untuk melaksanakan IPG Lestari bagi tema Tenaga, IPG Kampus Darulaman dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia telah melaksanakan Minggu Kecekapan Tenaga sebagai salah satu aktiviti Program Kecekapan Tenaga (PROKETA) yang telah dilancarkan pada 12 Ogos 2011 oleh YBhg. En. Abdul Rahim, KPP Kualiti IPGM.Salah satu aktiviti dalam Minggu Kecekapan Tenaga yang berakhir pada 9 April 2012 tersebut adalah Explorace Kecekapan Tenaga.

28 Mac 2012
KURSUS PENULISAN

Penceramah : A'watif bt Ahmad (Penerbit USM)Penulisan ilmiah ada dua kategori iaitu penulisan untuk tujuan dibaca oleh academic audience atau untuk popular audience (penulisan ilmiah popular). Contoh bahan ilmiah untuk academic audience ialah Jurnal, Laporan Penyelidikan, Monograf Kajian, Tesis.Format yang digunakan ialah berstruktur secara IMRD- Introduction, Materials/ Method, Results, Discussion/ Conclusion. Sementara untuk Popular Audience Masih juga berdasarkan kajian untuk dibaca oleh orang kebanyakan. Penulisan ini mudah difahami.
PENERBITAN
Bahan penulisan yang dicetak dengan mendapat ISBN akan dipanggil bahan penerbitan. Bagi penulisan yang melebihi seorang penulis (edited volume), perlu dilantik seorang editor yang senior untuk menulis pengenalan dan penutup. Tajuk perlu dibengkelkan bersama dan dibentangkan serta dibuat penilaian. Terdapat dua penilai iaitu penilai akademik dalaman/ penilai dari luar dan seorang lagi penilai teknikal bagi menilai bahasa, plagiat, rujukan dan susun atur.
Mestilah mencapai sekurang-kurangnya 49 halaman. Semua buku akademik perlu ada indeks.
Persoalannya kepada penulis buku.
(i) kenapa menulis?
(ii) Tujuan menulis?
(iii) Kepada siapa?
(iv) Kenapa buku ini perlu dibaca
(v) Bahan yang sama telah diutarakan perlu diubahsuai supaya tidak menjadi sama seperti buku terdahulu
(vi) Apa kelebihan buku kita
(vii) Masa untuk menulis perlu diberikan disamping tugas rutin.
06 Mac 2012
INDUKSI PENSYARAH BAHARU IPG
Datuk Dr. Haili bin Dolhan (Rektor IPG KPM) - "Bumi ini dipinjam dari anak-anak kita, maka ia perlu diuruskan dengan sebaiknya". Pembangunan Modal Insan adalah sangat penting dalam menjayakan Wawasan 2020. Menteri Pelajaran meminta bukti empirikal bagi menunjukkan kejayaan dalam pendidikan dan relevan atau tidak dengan keperluan semasa dan masa hadapan. Laporan berkaitan dengan pendidikan sedang dijalankan dengan kerjasama dengan agensi-agensi luar termasuk UNESCO dan juru perunding pendidikan supaya dapat diterbitkan pada 31 Ogos 2012.Malaysia terlibat dalam kajian terhadap pelajar berumur 14-15 tahun oleh PISA (Programme for International Student Assessment) untuk penanda aras bagi 74 negara dalam 3 bidang iaitu bacaan (55/74), matematik (57/74) dan sains (52/74) dan secara purata di tahap 'fair' iaitu di bawah aras antarabangsa. Ini menggambarkan tahap kefahaman murid sekolah (application of knowledge) masih lagi rendah. Dari segi kerelevanan ilmu, Malaysia masih perlu dipertingkatkan.
Implikasi dalam Latihan Perguruan di Malaysia adalah pensyarah IPG perlu banyak membaca, membuat kajian dan berusaha untuk memberikan pendidikan supaya mencapai matlamat 'accessibiliy, quality dan equality'. Pensyarah IPG perlu berkualiti supaya boleh menghasilkan pelajar yang berkualiti. Perancangan di IPG perlu diteliti dan menjelaskan kepada pensyarah tentang peranan mereka untuk melahirkan guru berijazah yang berkualiti. Pensyarah perlu menambah ilmu dengan melanjutkan pelajaran dan menghadiri kursus peningkatan profesionalisme dalam bidang akademik sehingga diiktiraf sebagai pakar dalam bidang perguruan. Sepatutnya bila telah berada di IPG perlu tahu peranan yang berbeza dengan di sekolah. Pastikan calon pensyarah adalah berminat untuk menjadi 'Mahaguru' dan ilmu mesti berkongsi. Oleh itu pensyarah perlu seorang yang inovatif dan kreatif yang dapat melonjakkan pendidikan negara.
29 Februari 2012
KUALITI DAN KECEMERLANGAN
23 Februari 2012
IPG LESTARI - ECO INSTITUTES
Tujuan utama IPG Lestari adalah untuk menjadikan budaya kelestarian dalam membuat keputusan dan tindakan dikalangan warga IPG dan komuniti setempat melalui peningkatan pengetahuan, menanam kesedaran dan mengamalkan gaya hidup lestari.
Berasaskan kepada slogan Kelestarian Melalui Pendidikan, fokus IPG Lestari adalah kepada 4 komponen/ dimensi/ tonggak berikut :
- Kurikulum
- Kokurikulum
- Pengurusan
- Persekitaran
Untuk melaksanakan program ini, 9 tema telah dikenalpasti untuk dilaksanakan dalam IPG Lestari iaitu:
- Sampah/ Pengurangan sisa buangan
- Perubahan iklim
- Tenaga
- Air
- Agenda 21
- Pengangkutan
- Gaya hidup sihat
- Persekitaran
- Biodiversiti dan alam semulajadi
- Pembentukan Jawatankuasa IPG Lestari peringkat IPGK
- Review Persekitaran melalui Audit Alam Sekitar
- Pelan Tindakan
- Pemantauan dan Penilaian
- Pautan dengan Kurikulum melalui pemetaan
- Penyebaran dan Penglibatan
- Kod Eco IPGK
- Kurikulum - Taklimat, Bengkel dan P&P berasaskan Pemetaan Kurikulum terhadap 9 tema IPG Lestari
- Kokurikulum - Pelaksanaan elemen 9 tema dalam program BIG dan GERKO
- Pengurusan - Penggubalan dasar, polisi dan amalan menepati 9 tema
- Alam Sekitar - Kempen, Poster, Website untuk kesedaran kepentingan penjagaan alam sekitar dan kaitan dengan gaya hidup sihat.
- Kajian dan Penyelidikan di peringkat jabatan/ unit
- Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sebagai penggerak kepada aktiviti pelajar untuk Laporan Aktiviti Pelajar
Adalah diharapkan program ini mencapai matlamat yang ditetapkan dan membudayakan "Green Mind" di kalangan warga IPG sebagai institusi Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru dan meneruskan kecemerlangan IPG Kampus Darulaman sebagai "Sinar Ilmu di Utara".
Disediakan oleh:
Hashim bin Asman
Timbalan Pengarah,
IPG Kampus Darulaman
24 Februari 2012
21 Februari 2012
MENJANA KECEMERLANGAN AKADEMIK
- Halatuju IPG (IPG KDA) - Kecemerlangan Akademik : "Setiap Kohort Ijazah Kelas Pertama"
- Keperluan mendapat Akreditasi PPISMP oleh MQA
- Syarat Cemerlang dalam PPISMP dan PISMP
- Kaedah mendapat Cemerlang dalam Kerja Kursus dan Peperiksaan
- Peranan Mentor dan Pensyarah Pembimbing dalam menjana Kecemerlangan
- Melahirkan graduan IPG KDA yang cemerlang dan kekal cemerlang sepanjang perkhidmatan sebagai guru.
























