Tujuan utama IPG Lestari adalah untuk menjadikan budaya kelestarian dalam membuat keputusan dan tindakan dikalangan warga IPG dan komuniti setempat melalui peningkatan pengetahuan, menanam kesedaran dan mengamalkan gaya hidup lestari.
Berasaskan kepada slogan Kelestarian Melalui Pendidikan, fokus IPG Lestari adalah kepada 4 komponen/ dimensi/ tonggak berikut :
- Kurikulum
- Kokurikulum
- Pengurusan
- Persekitaran
Untuk melaksanakan program ini, 9 tema telah dikenalpasti untuk dilaksanakan dalam IPG Lestari iaitu:
- Sampah/ Pengurangan sisa buangan
- Perubahan iklim
- Tenaga
- Air
- Agenda 21
- Pengangkutan
- Gaya hidup sihat
- Persekitaran
- Biodiversiti dan alam semulajadi
- Pembentukan Jawatankuasa IPG Lestari peringkat IPGK
- Review Persekitaran melalui Audit Alam Sekitar
- Pelan Tindakan
- Pemantauan dan Penilaian
- Pautan dengan Kurikulum melalui pemetaan
- Penyebaran dan Penglibatan
- Kod Eco IPGK
- Kurikulum - Taklimat, Bengkel dan P&P berasaskan Pemetaan Kurikulum terhadap 9 tema IPG Lestari
- Kokurikulum - Pelaksanaan elemen 9 tema dalam program BIG dan GERKO
- Pengurusan - Penggubalan dasar, polisi dan amalan menepati 9 tema
- Alam Sekitar - Kempen, Poster, Website untuk kesedaran kepentingan penjagaan alam sekitar dan kaitan dengan gaya hidup sihat.
- Kajian dan Penyelidikan di peringkat jabatan/ unit
- Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sebagai penggerak kepada aktiviti pelajar untuk Laporan Aktiviti Pelajar
Adalah diharapkan program ini mencapai matlamat yang ditetapkan dan membudayakan "Green Mind" di kalangan warga IPG sebagai institusi Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru dan meneruskan kecemerlangan IPG Kampus Darulaman sebagai "Sinar Ilmu di Utara".
Disediakan oleh:
Hashim bin Asman
Timbalan Pengarah,
IPG Kampus Darulaman
24 Februari 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan