Mesyuarat Blueprint Pembangunan Profesionalisme IPG KPM diadakan di IPG Kampus Pulau Pinang pada 16-17 April 2012.
Penulis suka mendalami sesuatu yang difikirkan akan menjana minda yang positif. Data dan fakta adalah rujukan utama dalam membuat keputusan. Moto pengurusan ialah CEPAT, TEPAT, TERKINI. Misi pengurusan adalah MELESTARIKAN KECEMERLANGAN.
16 April 2012
10 April 2012
PENYELIDIKAN DAN INOVASI
Tahniah!.
Bengkel Pembentangan Proposal Penyelidikan dan InovasiPeringkat IPGKDA di adakan pada 8-10 April 2012 di PLGDP Sungai Karangan.
Sebanyak 29 kajian dan inovasi telah dikenalpasti untuk 14 jabatan dan 7 unit di IPGKDA.
Adalah diharapkan kajian dan inovasi ini dapat dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan IPGKDA pada bulan Oktober 2012.
09 April 2012
BINA INSAN GURU PISMP
BIG adalah kursus wajib bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG KPM. BIG Semester 1 melibatkan aktiviti perkhemahan, aktiviti darat (jungle tracking) dan aktiviti air.
Lokasi BIG adalah di Dewan Seri Banai, IPG KDA dan di Telok Nipah, Pantai Merdeka. Aktiviti membina rakit adalah antara yang mencabar minda, kreativiti dan kerja berpasukan pelajar-pelajar.
07 April 2012
IPG LESTARI - ECO INSTITUTES (Vol. 2)
Dalam usaha untuk melaksanakan IPG Lestari bagi tema Tenaga, IPG Kampus Darulaman dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia telah melaksanakan Minggu Kecekapan Tenaga sebagai salah satu aktiviti Program Kecekapan Tenaga (PROKETA) yang telah dilancarkan pada 12 Ogos 2011 oleh YBhg. En. Abdul Rahim, KPP Kualiti IPGM.
Salah satu aktiviti dalam Minggu Kecekapan Tenaga yang berakhir pada 9 April 2012 tersebut adalah Explorace Kecekapan Tenaga.
Salah satu aktiviti dalam Minggu Kecekapan Tenaga yang berakhir pada 9 April 2012 tersebut adalah Explorace Kecekapan Tenaga.