16 April 2013

SEKRETARIET PENCEGAHAN RASUAH (SPR) IPGK DARULAMAN

Penububuhan sekretariat pencegahan rasuah IPGK Darulaman adalah program bersama IPGM dengan SPRM. Matlamat penubuhan SPR adalah sebagai wadah untuk memberikan pendidikan pencegahan rasuah dikalangan bakal guru di IPG.
Majlis pelancaran SPR-IPGKDA disempurnakan oleh Pengarah SPRM Kedah di Dewan Besar.

Dalam ucapan beliau menegaskan betapa seiousnya usaha kerana untuk menangani isu rasuah dan peranan komuniti pendidikan diharapkan dapat membantu SPRM menyedarkan masyarakat tentang bahayanya rasuah kepada negara.



Dalam majlis tersebut pihak SPRM menyumbang cek untuk pihak IPGKDA menyusun program pendidikan pencegahan rasuah dikalangan guru pelatih.




15 April 2013

TEATER IPGK DARULAMAN

Jabatan Pengajian Melayu telah melaksanakan Teater bersama Jabatan Kebudayaan Kedah untuk dipertandingkan di peringkat negeri Kedah pada 13 April 2013 di Kompleks Budaya, Alor Setar Kedah.













10 April 2013

PROGRAM KREATIVITI JABATAN SAINS IPGKDA

Jabatan Sains menganjurkan Program Kreativiti dalam Sains untuk Kelab Sains SMK Pendang, Kedah pada 10 April 2013 di Pusat Sumber IPGK Darulaman.
Pelajar mencuba projek kreativiti

 

03 April 2013

PRAKTIKUM FASA 3 PISMP

Pemantauan Pengurusan dan Pelaksanaan Praktikum 3 bagi siswa-i  guru IPGK Darulaman dilaksanakan di dua buah sekolah di sekitar Kubang Pasu.

Timbalan Pengarah, KU Praktikum dan Pegawai Pengurusan hadir dalam sesi dialog bersama siswa-i yang menjalani Praktikum 3
Timbalan Pengarah berdialog dengan siswa-i guru yang sedang menjalani Praktikum 3 di SK Padang Pekan, Jitra

Siswa-i guru yang hadir mendengar taklimat dan sesi dialog bersama Timbalan Pengarah