27 Mac 2013

PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG FASA 1 TAHUN 2013




Latar belakang PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG 2013
1. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6/2005 berkaitan dengan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam menekankan kepada:
(i) Penyediaan sumber manusia yang berkelayakan, berkebolehan dan berkompetensi
(ii) Membentuk nilai-nilai murni
(iii) Bersikap positif
2. Makmal NKRA mengenai Kualiti Guru pada 8 Mac 2010 memutuskan keperluan kepada :
(i) Pembangunan laluan kerjaya
(ii) Pengurusan prestasi penyarah IPG
(iii) Pembangunan profesionalisme berterusan (CPD) yang sesuai dan setara dengan IPTA
3. Laporan Penilaian Perakuan Akreditasi PISMP oleh MQA pada 24 Disember 2010 menegaskan kepada keperluan pensyarah IPG menghadiri seminar, persidangan di dalam dan luar Negara secara berterusan dalam usaha untuk meningkatkan kompetensi pensyarah IPG selaras dengan peranannya sebagai institusi pemberi pendidikan tinggi (Higher Education Provider – HEP)

MODEL KONSEPTUAL PROGRAM INDUKSI PENYARAH IPG

Program Induksi Pensyarah IPG dilaksanakan berasaskan kepada Kerangka Kometensi IPG yang mengandungi 5 dimensi:

a. Pengajaran dan Pembelajaran
b. Penyelidikan dan Pembangunan
c. Perkhidmatan dan Penglibatan
d. TMK
e. Kualiti Diri

Matlamatnya adalah untuk pembentukan peribadi pensyarah yang cemerlang yang seterusnya mampu mendidik dan melahirkan bakal guru yang kompeten dan berjiwa pendidik untuk mencapai visi IPG sebagai Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru.

PELAKSANAAN PROGRAM INDUKSI PENSYARAH

1. Objektif program adalah seperti berikut:

a. Memastikan pencapaian dan kesinambungan visi, misi dan hala tuju IPG

b. Persediaan kepada cabaran dari segi perubahan minda dan fizikal

c. Persediaan kepada perubahan Budaya kerja, persekitaran penyampaian p-p, kemahiran, sikap dan tingkah laku daripada guru kepada pensyarah IPG

d. pendedahan kepada bidang tugas pensyarah

e. pendedahan kepada komponen penting dalam kurikulum perguruan di IPG


2. Strategi Pelaksanaan

a. Fasa 1 : Kursus selama seminggu (5 hari) pada 24-28 Mac 2013 dengan pengisian yang sama diseluruh negara mengikut 6 zon yang melibatkan 8 tajuk dibimbing oleh fasilitator dalam bentuk ceramah, perbincangan dan aktiviti. Setiap sesi akan dilaksanakan penilaian dan refleksi

b. Fasa 2 : Kursus dilaksanakan secara berterusan selama 5 bulan bermula 1 April hingga 31 Ogos 2013 di IPGK masing-masing yang melibatkan 9 tajuk dibimbing oleh fasilitator dalam bentuk ceramah, perbincangan dan aktiviti. Setiap peserta perlu menyediakan folio bagi 9 tajuk dan melengkapkan borang soal selidik dan boring refleksi selepas setiap tajuk.
Perantisan : Program bimbingan dan mentoring oleh mentor yang dilantik oleh IPGK untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh fasilitator dan dilaksanakan secara berterusan selama 6 bulan bermula 1 April hingga 30 September 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan