29 Februari 2012

KUALITI DAN KECEMERLANGAN

Minggu ini terlibat secara langsung dengan program berkaitan dengan kualiti (MS-ISO 9001:2008) dan kecemerlangan (PROSPEK). Kepentingan kualiti untuk menjana kecemerlangan memang tidak dapat dinafikan lagi. Tetapi apabila sistem kualiti tidak menjadi amalan maka masalah baru akan timbul iaitu "menjaga sistem kualiti" dan bukannya "sistem kualiti mengawal cara bekerja".

23 Februari 2012

IPG LESTARI - ECO INSTITUTES

Semua IPG akan dijenamakan sebagai 'Eco-Institutes' mulai tahun 2012. Program yang dikenali sebagai IPG Lestari ini adalah jaringan kerjasama antara IPG dengan WWF (World Wide Fund for Nature), UPSI, USM dan NREB (Natural Resources and Environment Board Sarawak).

Tujuan utama IPG Lestari adalah untuk menjadikan budaya kelestarian dalam membuat keputusan dan tindakan dikalangan warga IPG dan komuniti setempat melalui peningkatan pengetahuan, menanam kesedaran dan mengamalkan gaya hidup lestari.

Berasaskan kepada slogan Kelestarian Melalui Pendidikan, fokus IPG Lestari adalah kepada 4 komponen/ dimensi/ tonggak berikut :
  1. Kurikulum
  2. Kokurikulum
  3. Pengurusan
  4. Persekitaran
Program ini bukan program tambahan yang akan membebankan warga institut kerana aktiviti yang akan dirancang sebenarnya telah terdapat dalam kurikulum, kokurikulum, pengurusan dan program alam sekitar yang telah lama dilaksanakan. Oleh itu tidak perlu diwujudkan kelab, persatuan atau pertubuhan untuk melaksanakan program IPG Lestari ini sebaliknya disepadukan secara kreatif dan inovatif dalam program yang telah dirancangan dalam Perancangan Tahunan Jabatan/ Unit dan Kurikulum.

Untuk melaksanakan program ini, 9 tema telah dikenalpasti untuk dilaksanakan dalam IPG Lestari iaitu:
  1. Sampah/ Pengurangan sisa buangan
  2. Perubahan iklim
  3. Tenaga
  4. Air
  5. Agenda 21
  6. Pengangkutan
  7. Gaya hidup sihat
  8. Persekitaran
  9. Biodiversiti dan alam semulajadi
Untuk menjayakan program IPG Lestari, pihak WWF telah memperkenalkan 7 kerangka metodologi berikut:
  1. Pembentukan Jawatankuasa IPG Lestari peringkat IPGK
  2. Review Persekitaran melalui Audit Alam Sekitar
  3. Pelan Tindakan
  4. Pemantauan dan Penilaian
  5. Pautan dengan Kurikulum melalui pemetaan
  6. Penyebaran dan Penglibatan
  7. Kod Eco IPGK
Di peringkat IPGK aktiviti berikut akan dilaksanakan sepanjang tahun:
  • Kurikulum - Taklimat, Bengkel dan P&P berasaskan Pemetaan Kurikulum terhadap 9 tema IPG Lestari
  • Kokurikulum - Pelaksanaan elemen 9 tema dalam program BIG dan GERKO
  • Pengurusan - Penggubalan dasar, polisi dan amalan menepati 9 tema
  • Alam Sekitar - Kempen, Poster, Website untuk kesedaran kepentingan penjagaan alam sekitar dan kaitan dengan gaya hidup sihat.
  • Kajian dan Penyelidikan di peringkat jabatan/ unit
  • Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sebagai penggerak kepada aktiviti pelajar untuk Laporan Aktiviti Pelajar
Pelancaran IPG Lestari akan disempurnakan pada 21 April 2012 di IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bharu, Johor oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran.

Adalah diharapkan program ini mencapai matlamat yang ditetapkan dan membudayakan "Green Mind" di kalangan warga IPG sebagai institusi Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru dan meneruskan kecemerlangan IPG Kampus Darulaman sebagai "Sinar Ilmu di Utara".



Disediakan oleh:
Hashim bin Asman
Timbalan Pengarah,
IPG Kampus Darulaman

24 Februari 2012

21 Februari 2012

MENJANA KECEMERLANGAN AKADEMIK

20 Feb 2012 - Perjumpaan khas dengan guru pelatih GSTT-PPISMP 2012/2017 diadakan di Pusat Sumber IPG KDA. Perjumpaan dengan 97 orang pelajar ini telah berjaya menjelaskan beberapa perkara dalam usaha IPG KDA menjana kecemerlangan akademik terutama mencapai sasaran Ijazah Kelas Pertama bagi setiap Kohort PISMP.
Antara perkara yang ditaklimatkan adalah seperti berikut:
  • Halatuju IPG (IPG KDA) - Kecemerlangan Akademik : "Setiap Kohort Ijazah Kelas Pertama"
  • Keperluan mendapat Akreditasi PPISMP oleh MQA
  • Syarat Cemerlang dalam PPISMP dan PISMP
  • Kaedah mendapat Cemerlang dalam Kerja Kursus dan Peperiksaan
  • Peranan Mentor dan Pensyarah Pembimbing dalam menjana Kecemerlangan
  • Melahirkan graduan IPG KDA yang cemerlang dan kekal cemerlang sepanjang perkhidmatan sebagai guru.